Thursday, February 18, 2010

alhamdullilah~

salam~

the morning start good today..alhamdulillah..my heart heal quite tremendously fast this time..not to say that i have someone already..no..not yet..but i think..this time i would consider and reconsider before i decide to choose someone..it hurt the couple times before..thank to them..but it is all part of the learning process..so thanks anyway~

good news again yesterday..MAS called again..telling that i got the placement at KLIA..but on 5th of April..i need to go to Kelana Jaya to sign things before i start at KLIA..i told and asked few friends (thank to Alya, mama, fendi, eryn, yuva, eda, rijal and lyza) for their opinions..so my heart say MASSSS! hehe..but i hope my decision wont hurt mama..because i know she was hoping me to go back and do practical at TNB..huhu..but it is all depends on accommodation..if they provide quarters..so it is definitely a yes!! ^_^

oh i read this on berita harian online today..somehow..i am totally agree..maybe u would say..ya la..bkn kn kt batang idung ko..but this is what Islamic laws are all about..Allah want us to conduct such punishments because it heals not just punishes..


3 wanita disebat

Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my


PEGAWAI Jabatan Mufti Negeri Pahang menunjukkan cara sebatan kes peminum arak dan zina pada satu seminar di Kuantan, baru-baru ini.
Kumpulan pertama jalani hukuman ikut undang-undang syariah: Hishammuddin

PUTRAJAYA: Tiga wanita yang disabitkan dengan kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah, menjadi kumpulan wanita pertama menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah di negara ini.

Pelaksanaan hukuman itu dijalankan di Penjara Wanita Kajang pada 9 Februari lalu dengan disaksikan 13 orang termasuk Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan serta pegawai dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dua daripada wanita itu dikenakan enam sebatan, manakala seorang lagi empat sebatan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 23 (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 antara Disember 2009 hingga Januari lalu.

Sambil merujuk kebimbangan sesetengah pihak berhubung hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang belum dilaksanakan, beliau menegaskan sebatan terhadap tiga wanita itu tidak langsung mendatang kecederaan.

"Dari segi pelaksanaan dan kebimbangan orang ramai kononnya apa yang berlaku (hukuman) tidak berperikemanusiaan dan mencederakan, tidak berasas dan hanya digembar-gemburkan sedangkan apa yang dilihat tiada kesan kecederaan langsung.
"Berdasarkan temubual dengan tiga pesalah wanita itu, didapati bahawa mereka reda, insaf dan bertaubat dengan hukuman yang diterima.

"Walaupun sebatan tidak mendatangkan luka pada badan, mereka mengakui ia mendatang kesan yang mendalam kepada diri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini, semalam.

Beliau berkata, seorang daripada wanita itu sudah dibebaskan Ahad lalu selepas menjalani hukuman penjara sebulan, seseorang lagi akan dibebaskan hujung bulan ini manakala pesalah ketiga Jun depan.

Selain tiga wanita terbabit, katanya, empat pesalah lelaki turut dikenakan hukuman enam sebatan pada hari sama pada jam 10 pagi.
Tahun lalu, keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman enam sebatan terhadap Kartika Sari kerana kesalahan meminum arak, mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan hukuman berkenaan terpaksa ditangguhkan sehingga hari ini.

Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan hukuman itu yang didakwa sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan walaupun Kartika Seri sendiri rela untuk dikenakan sebatan.

Hishammuddin berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama dan kehakiman syarie dalam melaksanakan hukuman itu.

"Saya berharap isu ini tidak disalah erti sehingga mencemarkan kesucian Islam. Hukuman berkenaan adalah untuk mendidik dan memberi keinsafan supaya mereka yang terlanjur dapat kembali ke pangkal jalan dan membina hidup baru yang lebih baik," katanya.

i was looking for dalil and the reasons why Allah say hudud is good..but cant find any..i remember ustaz said that it has to do with inner chemical reaction..but i dont remember the detail..this is the most i can find:


JELASKAN HUKUM-HUKUM YANG TERKANDUNG DALAM BAB HUDUD. HURAIKAN SEBAB KENAPA HUDUD DAPAT MENGURANGKAN KADAR JENAYAH DALAM ISLAM.

Assalamua'laikum...
JELASKAN HUKUM-HUKUM YANG TERKANDUNG DALAM BAB HUDUD. HURAIKAN SEBAB KENAPA HUDUD DAPAT MENGURANGKAN KADAR JENAYAH DALAM ISLAM.
:senyum:Dalam penulisan-penulisan lama hukum Islam, perbuatan-perbuatan jahat diistilahkan sebagai "Jarimah" dan "Jenayah" secara umumnya. Istilah-istilah ini digunakan untuk segala perbuatan-perbuatan jahat yang diharamkan oleh syarak, sama ada mengenai nyawa, tubuh badan, harta benda dan sebagainya. Walau bagaimanapun istilah "Jenayah" lebih banyak digunakan. Jenayah boleh dihuraikan dalam beberapa konsep asas lain yang lebih rendah dan kurang menyeluruh. Konsep-konsep asas tersebut ialah Qisas, Diat, Hudud dan Ta'zir. Konsep-konsep ini dibezakan oleh hak-hak yang dicerobohi dan hukuman-hukumanyang diperuntukkan. Konsep jenayah yang hendak dibincangkan di sini ialah jenayah Hudud.
Istilah Hudud digunakan bagi mengertikan kesalahan dan keseksaan (hukuman). Dalam bahasa Arab, "Hudud", atau kata mufradnya "Had" bererti pencegahan. Dengan pengertian inilah ia digunakan sebagai istilah kepada hukuman tertentu terhadap perbuatan jenayah. Ianya didefinisikan sebagai keseksaan yang bentuknya telah ditetapkan oleh syarak dan dilaksanakan bagi tujuan menjaga hak Allah. Ini bererti bahawa "Had" atau "Hudud" itu dalam pengertian istilahnya yang asal ialah "Keseksaan" yangmempunyai dua ciri penting. Pertama ia merupakan keseksaan-keseksaan yang rigid bentuknya dan tidak boleh berubah atau diubah-ubah oleh hakim atau pemerintah kerana semua aspek didalamnya telah ditentukan sendiri secara rigid oleh syarak, dan kedua, ianya dikenakan bagi tujuan menjamin hak-hak Allah atau dengan kata lain boleh disebut sebagai kepentingan awam. Kesalahan-kesalahan hudud adalah perbuatan-perbuatan jahat yang boleh dihukum dengan keseksaan-keseksaan ini.
Keseksaan atau hukuman yang tertentu akan dikenakan terhadap orang yang melakukan kesalahan-kesalahan tertentu ini telah dihuraikan dengan jelas dan terperinci oleh Al-Quran dan Al-Sunnah. Hukuman-hukuman ini tidak boleh diubah oleh mana-mana kuasa pemerintah atau badan kehakiman. Jenayah Hudud merupakan pencabulan terhadap kepentingan dan keselamatan awam, berbeza dengan jenayah Qisas dan Diat yang lebih kepada hak dan keselamatan individu. Jenayah Ta'zir merupakan pencabulan terhadap masyarakat dan mungkin juga individu tetapi hukumannya ditentukan oleh pemerintah.
Sebagaimana yang disebutkan diatas, jenayah Hudud ialah jenayah yang dihukum oleh hukuman Hudud. Jenayah ini sangat terhad bilangannya, iaitu mencuri, menyamun, berzina, menuduh zina, meminum arak, murtad dan penderhakaan. Jenayah Hudud tidak boleh dimaafkan oleh mana-mana pihak sama ada pihak yang menjadi mangsa atau pihak pemerintah. Begitu juga dengan kuasa hakim, di mana badan kehakiman tidak ada kuasa untuk mengubah ketetapan hukuman, menambah, menukar, mengurang, apatah lagi untuk membatalkannya. Provokasi juga tidak boleh memberi kesan kepada hukuman. Begitu juga halnya segala keadaan lainyang menyelubungi penjenayah berkenaan. Dalam kes-kes Hudud terdapat keperluan yang lebih dari segi bilangan saksi. Zina misalnya memerlukan sekurang-kurangnya empat orang saksi sedangkan kes-kes Hudud yang lain memerlukan sekurang-kurangnya dua orang saksi sahaja.
Sesuatu jenayah itu secara umumnya perlu ada tiga unsur, iaitu;
1. Unsur hukum dan undang-undang, iaitu adanya nas-nas yang melarang dari melakukan jenayah berkenaan dan nas-mas yangmenentukan hukuman terhadapnya.
2. Unsur-unsur fizikal (perbuatan jahat), iaitu adanya perlakuan jenayah daripada penjenayah berkenaan sama ada secara melakukan atau meninggalkan, perseorangan atau pakatan, sudah lengkap atau belum lengkap (cuba melakukannya).
3. Unsur-unsur mental (niat jahat), iaitu adanya pada penjenayah syarat-syarat yang membolehkan ia memikul tanggunggjawab jenayah, seperti kapasiti, melakukan jenayah secara pilihan sendiri, sengaja atau tidak sengaja dan lain-lain.
Dalam perlaksanaan hukum Hudud, ketiga-tiga unsur ini perlu ada pada setiap kesalahan jenayah yang dilakukan sebelum hukuman Hudud dikenakan. Oleh itu unsur-unsur ini perlu dikaji dengan penuh teliti dan terperinci dalam kesalahan-kesalahan Hudud tersebut. Berikut adalah hukuman-hukuman Hudud yang dikenakan bagi setiap kesalahan-kesalahan Hudud yang dilakukan.
1. Kesalahaan berzina (hubungan jenis yang diharamkan).
a. hukuman ke atas penzina yang bukan muhsan (ikatan perkahwinan yang sah).
i- Sebat 100 kali sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang berbunyi: "Ambillah dariku. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mereka jalan dara dan teruna rotan 100 kali dan buang daerah setahun".
ii- Buang daerah selama setahun. Hukuman ini dijalankan disamping hukuman sebat. Menurut Imam Abu Haniffah ia adalah tidak wajib dan sebaliknya menurut Imam Malik, Syafiie dan Ahmad.
b. hukuman ke atas penzina yang muhsan.
i- Rejam diterima oleh semua para ulamak dan tidak bagi kaum Khawarij.
ii- Sebat atau rotan merupakan hukuman kedua ke atas penzina. Tetapi para ulamak berselisih pendapat mengenai hukuman ini.
2. Kesalahan menuduh zina.
i- Sebat sebanyak 80 kali sebatan, tidak kurang atau lebih.
ii- Tidak di terima menjadi saksi sehingga mereka telah bertaubat.
3. Kesalahan meminum arak.
Disebat tetapi terdapat percanggahan pendapat mengenai jumlah sebatan yang harus dikenakan. Menurut Imam Syafiie sebanyak 40 kali sebatan. Imam Abu Haniffah dan Malik pula sebanyak 80 kali sebatan. Imam Ahmad pula terdapat dua riwayat yangmenyatakan sebanyak 40 kali dan 80 kali sebatan. Begitu juga hukuman yang dijalankan dalam keadaan pesalah yang sedang mabuk dan tidak mabuk.
4. Kesalahan mencuri.
i- Potong tangan berdasarkan firman Allah ( Al-Maidah 5;38:kool:. Terdapat percanggahan ulamak mengenai bahagian tangan yangperlu dipotong, dari sendi tapak tangan, jari-jari sahaja atau sehingga ke bahu. Begitu juga untuk kesalahan untuk kali kedua dan seterusnya.
ii- Memulangkan balik barang yang dicuri sama ada diganti dengan yang baru. Menurut Imam Syafiie dan Ahmad, hukuman potong tangan dan pulangkan barang yang dicuri dilaksanakan serentak. Imam Malik pula, tidak perlu potong tangan jika barang tersebut dipulangkan.
5. Kesalahan menyamun.
Terdapat empat kategori, iaitu;
i- Menakut-nakutkan atau mengganggu haluan.
Imam Abu Haniffah dan Ahmad menyatakan hukuman buang daerah. Imam Syafiie pula, hukumannya sama ada hukuman Ta'zir atau buang daerah. Imam Malik pula tidak menetapkan hukuman tersebut.
ii- Merampas harta benda.
Imam Abu Haniffah, Syafiie dan Ahmad, hukuman potong tangan dan kaki berselang seli dikenakan.Imam Malik pula, apa sahaja hukuman yang terdapat dalam ayat al-hirabah kecuali hukuman buang daerah.
iii- Melakukan pembunuhan sahaja (tidak merampas harta).
Imam Syafiie, Abu Haniffah dan satu riwayat Imam Ahmad, hukuman bunuh tanpa disalib dikenakan. Satu lagi riwayat Imam Ahmad, bunuh
dan salib dikenakan. Imam Malik pula berpendapat kedua-dua hukuman tersebut boleh dilaksanakan.
iv- Melakukan pembunuhan dan merampas harta.
Imam Syafiie dan Ahmad, hukuman dibunuh dan disalib, Imam Abu Haniffah pula dikenakan hukuman potong tangan dan kaki terlebih dahulu dan kemudian dibunuh dan disalib, atau dibunuh sahaja, atau disalib dahulu dan dibunuh kemudiannya. Imam Malik pula hukuman sama ada dibunuh atau disalib.
6. Kesalahan memberontak.
Terdapat tiga unsur memberontak, iaitu;
i- Perbuatan menderhaka yang bermaksud menentang pemerintah dan cuba untuk menggulingkannya. Ulamak bersetuju bahawa mereka harus disoalsiasat terlebih dahulu. Jika pihak mereka benar, pihak pemerintah harus menerima apa yang disebutkan oleh mereka, jika tidak, mereka harus diseru kembali kepada kebenaran dan jika enggan, bolehlah diperangi.
ii- Penggunaan kekuatan dan kekerasan, di mana mereka cuba menimbulkan keadaan huru-hara dengan cara ini. Menurut Imam Syafiie, Malik, Ahmad, mereka dianggap pemberontak sekiranya mereka betul-betul menggunakan kekuatan untuk menentang pemerintah. Imam Abu Haniffah pula menganggap mereka sebagai pemberontak jika sudah berkumpul. Mereka boleh diperangi jika rundingan gagal.
iii- Niat jahat ialah niat memberontak dan menentang pihak pemerintah bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.
7. Kesalahan murtad.
i- Hukuman bunuh dikenakan tetapi menurut Imam Abu Haniifah, perempuan murtad tidak wajib dibunuh sebaliknya dipaksa kembali kepada Islam, jika enggan hendaklah ditahan sehingga dia bertaubat ataupun sehingga ia mati ditahan.
ii- Hukuman alternatif di mana ia bergantung kepada dua keadaan, iaitu;
a. Sekiranya hukuman asal digugurkan disebabkan dia bertaubat, hendaklah dilaksanakan hukuman rotan, penjara atau denda.
b. Sekiranya hukuman asal digugurkan oleh sebab adanya larangan, seperti perempuan atau kanak-kanak murtad, maka hendaklah mereka ini dipaksa kembali kepada Islam atau ditahan sehingga mereka bertaubat.
iii- Hukuman berbangkit di mana terdapat dua jenis, iaitu;
a. Merampas semua harta orang tersebut dan akan dikembalikan semula setelah dia bertaubat. Sekiranya dia mati atau dibunuh, harta tersebut akan menjadi harta pusaka kepada pewarisnya atau menjadi harta fai' bagi orang-orang Islam.
b. Mengurangkan kuasa pengurusan terhadap hartanya di mana kuasa pengurusan terhadap hartanya digantung sehingga ia kembali kepada Islam.
Begitulah hukum Hudud yang dijelaskan mengikut kesalahan-kesalahan dan hukuman-hukumannya. Sekiranya hukum Hudud dilaksanakan dengan sepenuhnya, jenayah-jenayah Hudud seperti meminum arak, berzina dan mencuri yang berleluasa sekarang semestinya berkurangan. Ini kerana hukuman-hukuman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada penjenayah tersebut dari segi mental dan fizikal. Selain dari menerima sebatan, mereka juga akan merasa malu terhadap masyarakat. Berbanding hukuman-hukuman yang dikenakan sekarang, hukuman ini seolah-olah tidak memberi kesan yang diharapkan malah seakan-akan memberi rangsangan atau dorongan kepada orang lain. Mereka ini tidak menghormati undang-undang negara dan menganggapnya sesuatu yang remeh temeh. Sebaliknya jika hukuman Hudud dijalankan, mereka yang beragama Islam amnya akan merasa gerun dan gentar untuk melakukannya. Ini secara tidak langsung akan mendidik para pelajar dan anak-anak untuk menjauhi perbuatan jahat ini. Mereka ini mudah terpengaruh dengan gejala-gejala ini. Setiap hari terpampang di dada akhbar dan televisyen yang menunjukkan penjenayah-penjenayah Hudud ini ditahan dan dikenakan hukuman. Hukuman yang berbentuk denda atau penjara sebulan dua itu, tidak menakutkan mereka untuk melakukannya lagi. Minda pelajar yang masih mentah dan penuh dengan perasaan ingin tahu semestinya akan turut mencuba apabila mereka meningkat dewasa dan telah bekerja nanti. Sebagai contoh sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dan berzina dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM500.00 seorang. Ia seolah-olah memberi pengajaran kepada pelajar dan anak-anak bahawa kesalahan ini tidak berat. Sebaliknya akan berlaku jika hukum Hudud dilaksanakan. Mereka yang mentah ini akan merasa gerun untuk mencuba apatah lagi untuk melakukan jenayah Hudud ini. Ini secara tidak langsung akan membentuk akhlak dan moral yang baik di kalangan palajar ini.
Para pelajar dan kanak-kanak ini akan membentuk corak kepimpinan negara pada masa akan datang. Jika akhlak dan moral mereka itu mulia, maka negara pada masa akan datang akan bertambah aman dan makmur. Pada masa sekarang ini, jenayah Hudud amat berleluasa dan sukar untuk dibendung, Insyaallah pada masa akan datang jenayah Islam akan berkurangan jika hukum Hudud dilaksanakan sekarang. Ini kerana para pelajar dan anak-anak kecil sekarang yang akan mencorak kehidupan negara pada masa akan datang.
Bahayakah ia dilaksanakan? Boleh sebarkan kepada non-muslim supaya diaorang faham. Wassalam.
AGUNG PRACHMONO
these was teken from his blog

ok..thats all for today..:D

peace and out ^_^

1 comment:

diza said...

totally agree with that hudud thingy. go hudud!!